Sungai Protan

Pada 26 Feb 2011. Aku, Imar dan Hj Rahman menyewa sebuah sampan kayu salut fiber 15 kaki dengan enjin Yamaha 15 cc dengan harga RM 70 dengan minyak sendiri. Kami bersarapan di Selinsing dan mulakan perjalanan dengan sampan jam 9.00 pagi dari jeti sg protan. Keadaan air pada pagi itu amat lembut sekali, keadaan ini menampakkan kejernihan air hingga kelihatan dengan jelas obor-obor yang dihanyutkan air.
Keadaan ini membuatkan aktiviti pancingan yang begitu santai. Kelihatan pemancing-pemancing lain silih berganti menaikkan ikan.